Selasa, 28 Oktober 2008

gaji pertama

setelah 3 bulan berada dalam profesion perguruan maka pada 20hb october 2008 maka keluarnya gaji (ops masih lagi dipanggil elaun bagi guru sandaran terlatih) pertama, kedua dan ketiga.fuyooh banyak tu kan. 3 bulan sekali gus tapi sayang 'transit' dalam akaun akejap jer.pastu bayar ler hutang piutang.

cekgu nak citer lak pasal pekan semporna ni lak time gaji. terdapat hanya 2 bank di sini. 1 maybank n satu lagi bsn. kat maybank ader 2 ajer atm.jadi pabila hujung bulan time dapat gaji maka hampir 500m orang sanggup berbaris lagi.


cekgu sempat lagi amik gambar kwan cekgu ngah beratur tuk amik duit."mayb" time gaji kuar bulan ni (20hb) geng2 semporna tak tau gaji kuar awal. so xder la panjang sangat barisannya..

Khamis, 2 Oktober 2008

hari raya pertamaku ku perantauan

maka berakhirlah 1syawal.ingin cekgu ceritakan pengalaman beraya d semporna.macam kebiasaan bangun, mandi n pakai baju melayu (lama bukan baru).biasa kalo kat kampung ader la tukang 'iron' baju.hajat di hati xnak jer iron tapi memandangkan baju melayu macam retak seribu,cekgu ironkan jugak.

sebelum gerak ke surau cekgu minum air skit nak amik pahala sunat.maklum ler sunat sebelum ke surau sebelum sembahyang raya aidilfitri makan dahulu.

sampai jer kat surau,cekgu duk shaf yang paling belakang.dah penuh orang2nya.kebanyakan makmum yang menunaikan solat aidilfitri ni adalah cekgu2 n ustaz2 dari semenanjung.

sesudahnya solat maka bermulalah program 'jalan2 raya cari makan'.dari pagi sampai ke malam cekgu beraya(lotihnya badan xperlu cakap ler).ingatkan cekgu xdapat ler merasa ketupat,lemang tahun ni.dapt jugak...merasa.macam nak pecah perut ni,kira tiap umah cekgu ader la rasa skit2 apa yang disedikan.nasib ler antivirus perut cekgu ni power.xder la kena sakit perut semalam.kawan cekgu duk berulang ke tandas jer.

jadi beraya di semporna xder la seteruk yang disangka.jadi tahun depan jangan harap cekgu nak beraya di sini lagi.bak kata pepatah,sebest mane pon beraya di tempat orang tapi kalo tanpa keluarga dan saudara mara 'feel'nya amat berbeza sekali........

cekgu xrasa lagi makanan masyarakat kat sini.jadi cekgu xtau lagi ler apa makanan mereka tuk hari raya......

Rabu, 1 Oktober 2008

selamat hari raya aidilfitri

maka berakhirlah sudah bulan ramadan yang datangnya hanya sekali setahun.tahun depan minta2 cekgu dapat lagi berjumpa dengan bulan yang mulia ini.maka datanglah syawal.

tahun ni buat pertama kali dalam sejarah hidup cekgu pergi ke surau di malam raya (sebelum ni kat umah memang dah masuk story teling antara saudara mara).jadi sempat ler bertakbir raya.ramai ler yang perli jangan menangis ya.alhamdulilah hati cekgu tabah,cekgu berjaya mengharugi lagi malam ini.

penduduk taman ini yang terdiri daripada cekgu2 semenanjung yang dah berkeluarga atau bujang yang tidak pulang berhari raya telah mengadakan BBQ ayam,daging,n kerang.ok ler tu....tuk malam raya kan.xder la rasa sebak sangat kan sebab ramai cekgu semenanjung kat taman ni.

esok kalo ikut plan diorng memang penuh 'open house' yang kena pergi.maknanya sampai habis raya ler cekgu tak masak.huhu......tapi bagi cekgu raya kat kampung tetap yang terbaik.dapat beraya bersama keluarga n saudara mara.....

anyway to all my friend cekgu nak ucapkan................
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.Ramadan berlalu,Syawal menjelma,Semoga keberkatan berterusan.........