Ahad, 24 Ogos 2008

umah baru...

hari ni cekgu nak citer pasal umah cekgu.hari ni maka genaplah 22hari cekgu berada d semporna n menumpang di rumah orang. semporna adalah pekan yang amat susah untuk mencari umah sewa. semalam cekgu dapt juga mengambil kunci umah sewa setelah membayar deposit sebulan. umah di semporna 'ratenya' lebih kurang macam di KL. bayangkan laa umah teres dua bilik macam yang cekgu dapat ni harganya RM650. tu pon nak minta deposit 2bulan. bayangkan ler. setelah membuat muka seposen dua. maka 'owner' umah bagi ler deposit sebulan.
umah ni cekgu sewa berempat. cekgu2 yang menyewa ni mengajar di sekolah yang berasingan. hari ni cekgu berempat telah pergi membeli barang2 apa yang patut untuk berada di rumah sewa.
lepas balik dari tawau cekgu pon pergi ler basuh umah....huhu letih btul.

bahagian depan sewa cekgu

bahagian ruang tamu umah cekgu.tengok ler ada kesan sabun lagi tuu

ni ler dua bilik yang ader di rumah cekgu. cekgu duk di belah kanan.

bahagian dapur. cekgu ader minta peti ais n mesin basuh jer ngan tuan umah.

erm 'washroom' kat umah sewa cekgu. letih mencuci tadi....

cekgu n 'housemate' cekgu bercadang nak mencari lagi umah sewa yang lebih selesa. cari yang lagi besar,murah n keselamatan terjamin dari area perumahan yang cekgu sewa ni. nak sampai ke umah ni terpaksa bersabung nyawa kerana ader 'roadblock' oleh anjing2 yang 'mesra alam gi2. tadi masa nk blik dari basuh umah pon dah ajak kitaorang berkejar-kejaran dah. huhu maknanya lain tahun boleh ler cekgu masuk olimpik acara 100meter.

apa pon cekgu nak ucapkan selamat kembali ke sekolah...............

Selasa, 19 Ogos 2008

jalan-jalan pergi tawau

hari ni cekgu n beberapa orang lagi cekgu sekapal ngan cekgu telah pergi ke tawau.mula-mulanya cekgu xnak pergi sebab cekgu xnak menipiskan lagi dompet cekgu yang dah semakin nipis.tapi setelah dipujuk oleh diorang cikgu pon pergi jugak ler.

ni ler pengangkutan yang membawa kitaorang ke pekan tawau. di sini ia dipanggil bus tau bukan van.tambangnya rm13.00

walaupon dipanggil bus tapi sistem di sini bukan macam bus kat semenanjung. ikut jer 'time' mesti jalan nya. di sini cukup jer orangnya baru ler boleh jalan.ader laa 45minit gak nunggu kan
baru ler boleh jalan. cekgu sempat gak ler amik gambar cekgu-cekgu ni.biasale '1st time' naik bus g tawau kan.

perjalanan mengambil masa dekat 1jam lebih. apa yang tertarik oleh cekgu ialah "bus" ni dilengakapi dengan peti portolongan cemas.bagus perkhidmatan di sini.sediakan payung sebelum hujan.

disebabkan bosan menunggu kan cekgu sempat amik gambar 'mender alah' ni.driver letak kat dalam tanda ni.huhu berbeza ngan kereta sewa kat semenanjung.

ni ler tujuan kawan-kawan cekgu ajak pergi tawau ni. nak amik penyata akaun kwsp. nak bagi kat kerani. nasib ler kat tawau ni dah guna mesin yang sama ngan kat jalan raja laut tu. senang jerlaaa. masuk 'ic' jer. trus kuar penyata.

setelah penat berjalan kitaorang p ler kedai tuk mengisi perut yang belum berisi dari pagi lagi kan. setelah mencari kedai yang seswai tuk makan maka kitaorang telah buat pilihan nak makan kat kfc. tu jer kedai yang boleh dipercayai di tawau.

sempat p watson. cekgu-cekgu perempuan ni kalo tak masuk watson n derma duit kat sini memang xsah.

haa sempat lagi tuuu nak posing kan. cekgu layan kan aja diorang ni. bodyguard ler katakan.

sempat ler amik produk sun blog kat sana.huhu nak servey harga jer.nnti ader duit boleh ler beli.xder laaa mkin gelap kulit cekguuu kan.

Isnin, 18 Ogos 2008

minum petang


petang ni cekgu lepak minum kat kedai di tepi jeti, cantik pemandangan di sini tau.cekgu minum ngan cekgu-cekgu yang datang sekapal ngan cekgu tadi. saja borak-borak kosong sambil menghabiskan masa yang ada.

sempat gak amik gambar-gambar pemandangan tuk tatapan kawn-kawn cekgu yang berminat nak datang sini kan.

ni ler sebahagian cekgu-cekgu yang sekapal ngan cekgu. tapi diorang ni ngajar kat sekolah yang berlainan ler.tapi bukan naik bot ler. sumernya kat atas darat.


ni ler sebahagian tangkapan laut yang "fresh-fresh" lagi. kat semporna makanan laut macam ni n ikan-ikan murah jer kalo nak dibandingkan dengan semenanjung. selain dari ni, sumernya mahal-mahal belaka. tapi cekgu tak penah makan lagi ler.sajer jer promote lu.

Sabtu, 16 Ogos 2008

jalan-jalan cari makan

kul 4 semalam cekgu pergi hantar kawan cekgu ke airport tawau.hantar jerla diorang,cekgu xblik pon.xder sponsor.jarak dari airport ke pekan tawau ada la 28km.apa lagi cekgu pon amik ler peluang pergi ke pekan tawau berdua,ngan cekgu yang datang sekali ngan cekgu buat kali pertama.
dengan sedkit jer penunjuk arah maka cekgu berjaya jugak sampai ke pekan tawau.pada cekgu ok ler pekan tawau dari pkan semporna.tempat pertama yang dicari ialah tempat tuk menghilangkan rasa lapar.semalam cekgu makan nasi lemak kul 6pagi.then pas jumaat makan megi. jadi manakah tempat yang boleh dimakan dan memenuhi selera cekgu (kat sini makan kena berjaga-jaga skit tau,kang xpasal2 kena santau).


maner lagi kalo bukan kentucky fried chicken. ni pon dah puas pusing nk cari kedai ni.

huhu tengokan ler.24 hour lagi tuuu.maju tak pekan tawau.ader panggung wayang kat sini.tapi gambar cikgu xsempat nk amik.dah malam kan.

ni ler hidangan cekgu smalam.mula2 minta nasi ayam.tapi habis then minta lak twister nak rasa kan tapi habis jugak.erm mayb orang kat tawau memeg suka mkan nasi ayam n twister kan. maka terpaksa ler order dinner plat. pas mkan kitaorg ingat nk pergi servey barang-barang yang bakal dibeli contohnya bantal,tilam,almari,dapur gas,dan ader lagi ler yang kecik2 tu kan.
tau tak apa nama pasarya yang cekgu servey harga barang tu....pasaraya servey.sesuai sangat ngan tujuan kitaorang.mayb name nya pon diambil sempena tujuan nk servey2 barang lu baru ler beli kan
canggih tul la namer tu kan.so far pada pandangan cekgu ok ler supermarket servey ni.barang2 tetap sama.mahal dari semennjung laaa.huhuhu


ni ler yang cekgu mampu beli di supermarket ni,makanan rugi ni, biasala xder bergaji lagi kan

Jumaat, 15 Ogos 2008

cuti sekolah dah bermula

hari ni dari pagi hingga tengahari daerah semporna dilanda hujan. cikgu pergi ke sek pon dalam hujan. tapi nasib baik ler renyai2 kan. kira ala2 basah gak ler kan. sampai jer sek hujan mkin lebat kan. biasanya hari jumaat blik kul 1030pagi(awal x cekgu blik hari jumaat). hari ni blik kul 11lebih. sampai jer jeti tmpang cekgu sek, kalo x nak kena tggu prebet lambat ler sampai umah lagi kan.
setelah loceng dibunyikan maka bermulalah cuti semesta ke2 selama 1 minggu. wah seronok ler cekgu-cekgu n anak murid kan.dapat bercuti. tapi cekgu jugak ler xbercuti.duk d semporna jer.nak blik kg xboleh.nak pergi jalan2 pon kena pikir 2kali,huhu almaklum ler ongkos nya xberapa nak ada kan.anyway happy holiday to all cekgu2 n murid2 sekalian.........

Selasa, 12 Ogos 2008

sek keb lihak-lihak

haa dah naik pon ustazah2 tadi
diorang kat belakang n cikgu2 laki kat depan
kalo ombak besar kompem diorang basah....laut bergelora time tengahari kan.
tadi cekgu kena hujan la...mklumler bot xder atap kan



ni gambar ustazah2 j-qaf yang berasal dari kelate ngah menunggu cekgu2 lain sebelum berangkat pulang. menaiki bot.almklum ler hanya ada 1trip jer bot tuk datng ke sekolah n pumng blik ke jeti tanjong kapor.



haa ni ler gambar qrts umah guru.lawa ker tak.ader 2 buah umah jer yang ader. yang cikgu amik gambar ni pon xder orang duduk tau.



ni gambar apa ek? huhu ni ler gambar pondok pengawal.walaupon sekolah ni xder pagar tapi ader pondok pengawal tau.cekgu pon xtau apa tugas dia.sama jer kot cam kat semenanjung kot.huhu...nti cekgu temubual ek nnti.kalo ader respon cekgu masuk dalam blog ek.



ni gambar kantin sekolah.cekgu xpenah beli makanan n minuman lagi setakat ni. sebelum gi sekolah cekgu beli makanan kat jiran taman cekgu duk ni n bawak air kosong 1.5 liter.
time rehat cekgu nampak murid-murid beli aiskrim jer.


ni gambar tangki air kat sekolah ni. kebanyakan sekolah2 di area pulau guna tangki ni.besar kan.tapi sumber yang diperolehi untuk mengisi air di dalam tangki ni ialah dari air hujan.ia ditadah melalui bumbung dan disalurkan kedalam tangki ni. disini tiada air paip dari syabas tau.
bayangkan masa kita sakit perut,tangki air ni kering sebab hujan xturun.erm camner?air laut ler jawabnya.


ni ler dia gambar loceng. dibunyikan apabila waktu rehat dan waktu balik sahaja. waktu rehat dua kali. waktu balik banyak kali. ok tak, kalo letrik xder pon xkan menganggu tugas penggera masa kan.huhu ok tak.canggih tak?



ni ler gambar bilik guru cekgu. ada 7 meja sumernya. huhu semua cekgu kena share meja.xcukup,yang paling best kerusi pon xcukup.cekgu main duduk jer kat maner2.tapi biasa duk meja depan sekali ler.letak buku-buku jer.kalo tengok pada bilik ni,ader nampak cam bekasan makmal sains kan.memang pon, disebabkan xder bilik guru,makmal sains terpaksa di korbankan.




ni ler dia perjalanan ke sekolah yang tercinta selepas trun dari bot laju. kalo lepas hujan lagi ler lawa jalan dia.



inilah pengangkutan yang dinaiki oleh cekgu untuk ke sekolah.....
laju ni,40 kuasa kuda.kena lak naik 15 orang. memang sampai kul 740am ler
masa blik lagi best,panas giler,cekgu dah mkin hitam dah, dah ler cekgu ni dah hitam kan
tengok ler jeti tempat cikgu naik bot tu
canggih tak, kena salah naik mau ler mandi kali ke2.

Ahad, 10 Ogos 2008

peta sek keb lihak2, pekan semporna

ni adalah peta sekolah kebangsaan lihak-lihak yang diambil dari pandangan atas
ni jer view paling besar yang boleh dilihat.
ada 2 bangunan sahaja di sekolah ni.
capacity muridnya lebih kurang 240murid
gurunya ade 19orang
cekgu kena ngajar bahasa ingeris, sains n kh
yang bestnya ajar bi n sc
subject kritikal tu
cekgu kena turunkan level tul mengajar diorang kat sini
kebanyakan murid2 nk membaca pon xberapa lancar kan
nk baca pon ader lagi yang belum boleh
apatah lagi nk ajar bi n sc
nnti2 ler cekgu pikir cara yang terbaik tuk ajar diorang
nk bertapa lu cara2 terbaik ni

ni adalah peta pekan semporna yang diambil dari pandangan atas



peta sabah yang yang dilengkapi dengan jaln dia
tapi dalm bentuk kartun ler

sabah land below the wind


sabah negri di bawah bayu
jaraknya lebih kurang 2500km dari kl
mengambil masa 2jam 45minit
tu kalo naik mas akan turun kat kota kinabalu dulu
dari kota kinabalu jarak nk pergi ke tawau lak lebih kurang 550km
kalo naik flight 45 minit jer
kalo naik bus atau kete ader la 9jam
sini bukan macam kat semenanjung jalnnya
sini jalannya teruk n berbukit bukau
dari tawau nak ke semporna lak 110km
amik masa lebih kurang 2jam
dekat tawau dan semporna tdak disediakn perkhidmatan bus tau
hanyalah disediakan perkidmatan van
tambangnya lebih kurang rm13
tapi nk kena tunggu penuh dulu ler van tu
aku setakat duk sini blum penah sampai lagi di pekan tawau

Sabtu, 9 Ogos 2008

seminggu


seminggu..
baru jer seminggu aku berada di semporna sabah
dan seminggu lah jua aku menempuhi pengalaman-pengalaman yang baru
pertama kali naik flight datang ke sabah
pertama kali datang ke semporna yang jaraknya 5ratuskm lebih dari kota kinabalu
pertama kali juga naik bot ke sekolah
30 minit masa diambil ke sekolah
di sekolah line maxis,celcom,digi sumernya xder huhu
nasib baik ler berulang dari umah ke semporna
kalo x memang mati akal aku kat pulau tu
masa di beri surat penempatan sekolah
sk lihak-lihak.............
erm alhamdulilah....tiada nama pulau di depannya
mungkin didaratan
tapi tangapanku silap, naik bot juga.
huhuhu
nak tanak pergi jua lah
salam mesra,salam sayang n salam penuh ukhwah tuk semua
best ker entah ler......
mayb dapat menceritakan n berkongsi apa yang aku alami tuk semua kot
huhuh ok ni first greating tuk blog ni ler