Ahad, 28 September 2008

persiapan raya

ok hari ni cekgu nak bercerita skit tentang persiapan cekgu di kala nak menyambut aidilfitri ni. ok memandangkan ni tahun pertama cekgu beraya tanpa keluarga maka tahun ni jugak ler cekgu tidak buat paper langsung persiapan.....huhu....cekgu kat sini xrasa langsung aura nak beraya.xdernya nak dengar lagu raya dimainkan di sini.kalo kat pasaraya yang ader kat pekan semporna ni hari pertma ler dah pasang dah lagu raya.tu jerla,kalo tengok pada pekannya sama sajer....tu yang xder 'feel' tu nak raya.nasib ler hari bonda suh bawak baju melayu.kalo tak kompem pakai tshirt jer p solat raya.kesimpulan yang cekgu nak buat ialah memang xbest ler beraya di tempat orang tanpa family.tahun depan jangan harap cekgu nak beraya kat sini lagi.

Sabtu, 27 September 2008

umah anak muridku

sebenarnya cekgu nak citer pengalaman cekgu pergi umah salah sorang murid cekgu sebelum ni lagi.tapi apa kan daya cekgu xder line tenet kat umah.kat sekolah 'slow' sangat2.peristiwa ni berlaku sebelum bulan ramadan lagi tau......walaupun dah nak dekat sebulan tapi cekgu nak berkongsi jugak......

kejadian ni berlaku apabila seorang anak murid yang mengalami keracunan makanan.disebabkan di kampung itu tidak disediakan kemudahan klinik,maka setelah melihat tahap kesihatan murid tersebut makin teruk maka 3orang cekgu lain telah sepakat tuk menghantar murid tersebut blik ke rumah.cekgu telah diajak tuk melihat kawasan kampung di 'area' sini.


ni lah perjalanan nak pergi ke kamung anak murid cekgu.malam sebelumnya hujan turun,maka paham2 jerla jalannya macam manerkan. sebelum ni tiada lagi kemudahan jalan tar disini.jadi ni ler pengorbanan orang2 kampung disini. terpaksa melalui jalan yang agak berlecak pabila turunnya hujan.

perngorbanan seorang guru bukan sahaja tertumpu di bilik darjah sahaja. disebabkan keadaan budak ni agak lemah dan membuatnya tidak larat untuk berjalan, mka cekgu ni telah mendukungnya.

perjalanan yang memakan masa lebih kurang setengah jam dan terpaksa melalui jalan merah dan melalui beberapa bukit yang tingginya tidak seberapa. terpaksa juga melalui berdekatan jentera2 yang tengah menyiapkan jalan ni.terpikir di hati cekgu.....begini lah tiap2 hari murid2 cekgu terpaksa datang ke sekolah.

setelah melalui jalan merah mka sampai lah cekgu di kg Siaban.cekgu ingatkan dah sampi la umah murid ni. tapi rupanya kena melaui denai didalam beberapa pokok. jalan ni macam jalan ke kebun buah2an.

maka sampai ler ke destinasi yang hendak dituju.terkejut dan terpikir di hati cekgu.bagaimana mereka boleh hidup dengan keadaan umah macam ni.dengan ketiadaan elektrik dan kemudahan air yang bersih. rumah ni mcam tempat menunggu durian jer di setengah2 dusun durian. ini baru satu jer keluarga yang cekgu paparkan n cekgu dapt tengok. kebanyakannya lebih kurang begini jer. kalo masuk Bersamamu rasanya bangkrap syrt Faizah......
jadi kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ada lagi yang lebih susah dari kita...................

3hari lagi nak raya

erm.......dah lamer cekgu xtulis blog.bukan malas tapi kat umah cekgu xder line tenet.bukan saje line tenet taxder laaa.semalam dengan berakhirnya sesi persekolahan maka bermulala sesi cuti persekolahan tuk cuti raya.
cekgu tahun ni xbalik beraya.huhu biasa ler baru keje kan.ndak ada duit bah mau beli tiket kapal terbang.jadi beraya d perantauan jerlaa tahun ni.