Sabtu, 27 September 2008

umah anak muridku

sebenarnya cekgu nak citer pengalaman cekgu pergi umah salah sorang murid cekgu sebelum ni lagi.tapi apa kan daya cekgu xder line tenet kat umah.kat sekolah 'slow' sangat2.peristiwa ni berlaku sebelum bulan ramadan lagi tau......walaupun dah nak dekat sebulan tapi cekgu nak berkongsi jugak......

kejadian ni berlaku apabila seorang anak murid yang mengalami keracunan makanan.disebabkan di kampung itu tidak disediakan kemudahan klinik,maka setelah melihat tahap kesihatan murid tersebut makin teruk maka 3orang cekgu lain telah sepakat tuk menghantar murid tersebut blik ke rumah.cekgu telah diajak tuk melihat kawasan kampung di 'area' sini.


ni lah perjalanan nak pergi ke kamung anak murid cekgu.malam sebelumnya hujan turun,maka paham2 jerla jalannya macam manerkan. sebelum ni tiada lagi kemudahan jalan tar disini.jadi ni ler pengorbanan orang2 kampung disini. terpaksa melalui jalan yang agak berlecak pabila turunnya hujan.

perngorbanan seorang guru bukan sahaja tertumpu di bilik darjah sahaja. disebabkan keadaan budak ni agak lemah dan membuatnya tidak larat untuk berjalan, mka cekgu ni telah mendukungnya.

perjalanan yang memakan masa lebih kurang setengah jam dan terpaksa melalui jalan merah dan melalui beberapa bukit yang tingginya tidak seberapa. terpaksa juga melalui berdekatan jentera2 yang tengah menyiapkan jalan ni.terpikir di hati cekgu.....begini lah tiap2 hari murid2 cekgu terpaksa datang ke sekolah.

setelah melalui jalan merah mka sampai lah cekgu di kg Siaban.cekgu ingatkan dah sampi la umah murid ni. tapi rupanya kena melaui denai didalam beberapa pokok. jalan ni macam jalan ke kebun buah2an.

maka sampai ler ke destinasi yang hendak dituju.terkejut dan terpikir di hati cekgu.bagaimana mereka boleh hidup dengan keadaan umah macam ni.dengan ketiadaan elektrik dan kemudahan air yang bersih. rumah ni mcam tempat menunggu durian jer di setengah2 dusun durian. ini baru satu jer keluarga yang cekgu paparkan n cekgu dapt tengok. kebanyakannya lebih kurang begini jer. kalo masuk Bersamamu rasanya bangkrap syrt Faizah......
jadi kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kerana ada lagi yang lebih susah dari kita...................

5 ulasan:

chekgu Bani Hassim berkata...

dorg dah bese, asalkan ade basic need cam makan, minum, pakai dah ok dah kut...

mmg dr dulu cemtu, jadi xyah susah2 nak ngeluh...

cekgu2nye yang sian... aku tabik kat korg laaa...

besar jasa korg nih... ;)

irzanus berkata...

erm tu ler
biasa ler aku ni kan ada hati yang lembut...

mudah kesian kat orang....

nur'ain berkata...

salam....! ^_^
hmm besar pahala untuk insan yang membantu insan lain..teruskan berjuang! hehe.

Selamat menyambut AIDILFITRI.
walaupun di tempat org, mgkn ia akan menjadi lebih bermakna dari beraya dikampung halaman. Selamat menimba berjuta2 lemon pengalaman..

:D

irzanus berkata...

nur'ain
salam....(.")
iya biasa ler.....cekgu akan bantu selagi maner yang mungkin....timer kasih...cik nur'ain

mrs_Qis berkata...

salam....
pemebetulan skit cekguuuuuu...
itu bukannya perkampungan siaban yang sebenar...
cikgu tak msk pkmpungan sbnr...so jln memandai2 nk buat ksimpulan...
kampung kami tak steruk itu lah...